HUKUM SYARAK MENGENAI RAMALAN PERBINTANGAN (ASTROLOGI)
Soalan:
Banyak
orang yang memperbincangkan masalah perbintangan (astrologi). Mereka menganggap
bahawa mereka akan dapat mengetahui banyak hal yang berkaitan dengan keadaan
seseorang melalui perantaraan rasi bintangnya. Bagaimana hukum syara’ dalam
masalah ini?
Jawapan:
Mereka yang berkecimpung dalam
masalah perbintangan mengatakan bahawa rasi bintang (zodiac) berjumlah 12.
Urutannya secara tertib adalah Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra,
Scorpio, Capricornus, Aquarius, dan Pisces. Seseorang yang dilahirkan antara
tarikh 21 Maret hingga 19 April berbintang Aries. Sedangkan yang dilahirkan
antara tarikh 20 April hingga 20 Mei berbintang Taurus dan yang dilahirkan
antara tarikh 21 Mei hingga 20 Jun berbintang Gemini. Demikian seterusnya,
hingga mereka yang dilahirkan antara tarikh 19 Februari hingga 20 Marc
berbintang Pisces.
Seorang
peramal bintang/ahli (astrolog) menyangka bahawa ia mengetahui apa-apa yang
akan terjadi pada seseorang secara lebih dahulu bila ia mengetahui rasi
bintangnya atau selang waktu di mana orang itu dilahirkan.
Apabila
ia mendalami pengetahuan yang dijadikan dasar sangkaan para astrologi itu akan
kita lihat bahawa pengetahuan tersebut tidaklah bersandar pada dalil aqli
ataupun dalil naqli yang terpercaya. Oleh kerana itu siapa saja yang menyangka
telah mengetahui hal yang ghaib dan kejadian masa depan serta apa yang akan
terjadi bagi setiap orang melalui perantaraan bintangnya maka bererti dia
seorang pendusta dan pembohong dan siapa saja yang membenarkannya bererti dia
orang yang bodoh, akalnya sempit, dan keyakinannya rosak. Sebab persangkaan
bahawa mereka mengetahui kejadian masa depan dan hal yang ghaib adalah
bertentangan dengan nash-nash al-Quranul Karim dan tidak boleh diterima oleh
akal yang sehat. Allah swt berfirman:
“Dan pada sisi
Allahlah kunci-kunci semua hal yang ghaib tak ada yang mengetahuinya kecuali
Dia sendiri.” (Q.S
Al-An’aam: 59)
Allah swt berfirman:
“(Dia adalah
Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka dia memperlihatkan kepada seorangpun,
(sesuatu) tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada Rasul yang diridlai-Nya.” (Q.S Al-Jin: 26-27)
Allah swt berfirman:
“Dan sekiranya
aku mengetahui yang ghaib tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan
aku tidak akan ditimpa kemudlaratan.” (Q.S Al-A’raaf: 188)
Imam Al Qurthubi rahimahulah dalam kitab tafsirnya Al
Jami’ li Ahkamil Qur’an jilid XIX hal. 28-29, berkomentar terhadap firman Allah
swt Surat Al Jin di atas:
“Ketika
Allah memuji dirinya sendiri dengan pengetahuan ghaib dan mengkhususkan
pengetahuan ghaib itu tanpa menyertakan makhluk-Nya, maka dalam hal ini
terdapat dalil bahawa tidak ada seorangpun yang mengetahui yang ghaib kecuali
Dia. Kemudian Allah mengecualikan kepada para rasul yang diridhai-Nya. Maka
Allah menyampaikan perkara ghaib yang dikehendaki-Nya melalui jalan wahyu
kepada mereka dan Allah telah menjadikan perkara ghaib itu sebagai mukjizat
bagi mereka dan bukti yang benar atas kenabian mereka. Orang-orang peramal
perbintangan (astrolog) serta orang-orang yang menyerupainya seperti orang yang
memukul dengan tongkat kemudian melihat ke dalam kitab-kitabnya (khusus
perbintangan) serta mengusir burung-burung (sebagai cara untuk menerka)
bukanlah temasuk rasul yang diridhai oleh Allah sehingga mereka dapat
mengerahui masalah ghaib yang dikehendaki-Nya. Bahkan dia adalah orang yang
kafir terhadap Allah, mengada-adakan dusta terhadap-Nya dengan terkaan-terkaan,
taksiran-raksiran dan kebohongan-kebohongannya.”
Imam Al-Qurthubi selanjutnya
menambahkan:
Ramalan
bintang tak ada faedahnya sama sekali, dan tidak menunjukkan celaka atau
bahagianya (seseorang). Ramalan tersebut tiada lain adalah penentangan terhadap
al-Qur’an yang agung. Sikap penentangan terhadap al-Qur’an ini bererti telah
menghalalkan darah orang yang melakukan ramalan perbintangan itu. Betapa
bagusnya seorang penyair yang berucap:
Seorang
ahli nujum telah meramal bintangku
dan
dia putuskan bahawa aku akan mati tenggelam
Katakan
padanya, “(Ucapanmu bagai) topan pagi hari, apakah semua orang yang dilahirkan
dengan
bintang itu, akan mati tenggelam?”
Imam Al-Qurthubi kemudian
melanjutkan:
“Pada
saat Ali bin Abi Thalib ra hendak berangkat untuk menemui orang-orang Khawarij
seseorang berkata kepadanya, “Apakah engkau hendak menemui mereka, sedangkan
bulan sedang pada posisi rasi Scorpio?” Ali menjawab,”Lalu, dimanakah posisi
bulan mereka?” (pada saat itu adlah akhir bulan).
Perhatikan kalimat yang digunakan Ali dalam menjawab
pertanyaan tersebut. Di sana terhadap bantahan yang sangat keras terhadap orang
yang berkata berdasarkan ramalan perbintangan. Di sana terdapat pula
pembungkaman terhadap setiap orang bodoh yang mempercayai keputusan-keputusan
ramalan perbintangan.
Kemudian seorang musafir bernama
Ibnu ‘Auf berkata pula kepada Ali. “Janganlah engkau berangkat pada waktu
sekarang. Tapi berangkatlah tiga waktu selepas siang hari!” Lalu Ali bertanya
kepadanya. “Memangnya mengapa?” Ibnu ‘Auf menjawab. “Sesungguhnya jika engkau
berangkat pada waktu sekarang, niscaya engkau dan para sahabatmu akan tertimpa
bencana dan bahaya yang dahsyat. Tapi jika engkau berangkat pada waktu yang
kuperintahkan tadi, niscaya engkau akan mendapat kemenangan dan berhasil
mengalahkan (mereka), serta engkau akan mendapatkan apa yang engkau cari. “Maka
berkatalah Ali kepadanya. “Tidaklah patut Muhammad saw menjadi seorang peramal
bintang, begitu pula kami para sahabatnya sepeninggal beliau.” (Lalu terjadilah
perbincangan panjang dimana Ali berhujjah dengan ayat-ayat dari al-Qur’an).
Akhirnya Ali berkata. “Siapa saja yang membenarkan perkataanmu tadi, maka aku
tidak menjamin keamanan dirinya. Orang semcam itu adalah seperti orang-orang
yang menjadikan selain Allah sebagai seruan atau sekutu. Ya Allah! tiada kemalangan kecauali kemalangan yang
telah Engkau putuskan dan tiada keselamatan kecuali keselamatan yang telah
Engkau putuskan.”
Ali kemudian berkata keapdanya,
“Kami mendustakan dan menyalahi perkataannya. Kami akan berangkat pada waktu
yang kamu larang untuk berangkat. “Ali kemudian menghadapkan dirinya pada orang
banyak dan berkara. “Wahai manusia!, hindarkanlah diri kalian dari belajar ilmu
perbintangan, kecuali apa yang dapat menunjuki kalian di kegelapan darat dan
laut. Seorang peramal bintang (ahli nujum) tak lain adalah seperti tukang sihir,
sedangkan seorang tukang sihir adalah seperti orang kafir dan orang kafir
tempatnya di neraka! Demi Allah, kalau sekiranya sampai berita kepadaku bahawa
kamu (Ibnu ‘Auf) memperhatikan bintang-bintang lalu kamu beramal atas dasar
(ramalan) bintang-bintang itu, niscaya aku akan mengekalkan kamu dalam tahanan
selama kamu dan aku hidup. Dan aku akan mencegah pemberian (orang-orang) selama
aku masih memegang kekuasaan.”
Maka berangkatlah Ali (dan para
sahabat) pada waktu yang dilarang oleh
Ibnu ‘Auf. Mereka akhirnya menemui kaum Khawarij dan memerangi mereka. Inilah
pertempuran An-Nahrawan sebagaimana terdapat dalam Shahih Muslim.
Kemudian Ali berkata, “Kalau kita
berangkat pada waktu yang diperintahkan kepada kita, lalu kita meraih
kemenangan dan berhasil mengalahkan (mereka), niscaya orang akan berucap,
“(Semua itu) kerana kita berangkat pada waktu yang diperintahkan oleh peramal
bintang. Padahal tidaklah patut Muhammad saw menjadi seorang peramal bintang
begitu pula kita sepeninggal beliau. Allahlah yang telah memenangkan kita atas
negeri-negeri Kisra, Kaisar dan negeri-negeri lain.”
Lalu Ali berkata, “Wahai manusia,
bertakwallah kalian kepada Allah dan percayalah kepada-Nya. Sebab sesungguhnya
cukuplah Dia daripada selain-Nya.” (Lihat Nahjul Balaghah juz 1, halaman 128, Darul Huda Al Wathaniyah, Beirut).
Dari
seluruh penjelasan di atas, jelaslah bahawa siapa saja yang membenarkan ramalan
perbintangan yang mencuba mengungkapkan hal yang ghaib dan apa yang akan
terjadi di masa depan pada diri seseorang, bererti dia adalah orang yang bodoh.
Dan pada waktu yang sama dia telah berdosa di sisi Allah, kerana keyakinanya
itu telah menyalahi al-Qur’an.
Dengan
demikian, haram hukumnya atas kaum muslimin untuk membenarkan atau meyakini
ramalan-ramalan perbintangan tersebut.
Adapun
ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perbintangan (astronomi) yang dapat digunakan
untuk mengetahui arah, waktu dan semisalnya, maka segi ini adalah baik dan
tidak mengapa. Dalam al-Qur’an terdapat pujian terhadap segi ilmu perbintangan
yang semacam itu. Allah berfirman:
“Dan
dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk.” (Q.S An-Nahl: 16).
Bahkan
mempelajari dan mengamalkan ilmu tersebut hukumnya dapat menjadi fardhu atas
kaum Muslimin bila tanpa ilmu tersebut mereka tak dapat sempurna menjalankan
kewajipan-kewajipan syar’iy seperti penetapan waktu shala, penetapan awal dan
akhir bulan Ramadhan dan yang semisalnya. Hal ini bertolak dari kaidah syara’:
“Suatu
kewajipan tidak sempurna kecuali dengan sesuatu, maka sesuatu itu menjadi wajib
pula hukumnya.”